: ya ALLAH :



can i intro myself :)

My photo
kuantan', pahang, Malaysia
Assalamualaikum :) hey everyone! saya ayin BTW orang suka panggil puyin, umur ayin 21tahun dan ayin ni garang*sangat :p tak tahu kenapa tapi kalau nak kenal lebih rapat bolehlah jenguk jenguk FB,Twitter or stegram :) salam :)

Wednesday, October 31, 2012

menyonteng kembali .


Assalamualaikum w.b.t :) kalian semua diharapkan sihat dan dirahmati olehNya. amin .

Harini rasa nak on balik blog, sangat lama ditinggalkan, rindu sangat sangat pada dinding blog ini untuk diconteng kembali. Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan yang sihat pada aku untuk terus hidup dan bernafas di dunia ini, sekalipun banyak menghadapi dugaan dalam pelbagai jenis masalah :) tak kurang hebad dalam persahabatan, cinta, soal hati dan perasaan, sangat sulit :) namun Allah s.w.t masih ada disisi, masih ada keluarga, masih ada teman teman yang memahami diri aku ini, syukur atas kurnianNya.

Jadi, malam ni, aku menulis tiada untuk sesuatu topik, cuma ingin melepaskan rindu terhadap kertas digital yang sering diconteng ketika hati sangat dikelilingi pelbagai perasaan. Jadi hanya dengan conteng conteng sahaja ia dapat menjauhkan segala perasaan yang tidak senang untuk terus bangun dari masalah yang ada. :)

InsyaAllah, jika ada lagi umur yang panjang, jika ada rezeki Allah . aku akan teruskan menulis kembali disini :) insyaAllah . amin amin amin .

jaga diri. Assalamualaikum <3 p="p">

Monday, October 22, 2012

Kisah Jilbab Hati Seorang Wanita Muslimah

اناس ولدي كوثر: Kisah Jilbab Hati Seorang Wanita Muslimah: Ada seorang wanita yang dikenal taat beribadah dan sangat baik hati kepada semua orang, ia kadang menjalankan ibadah sunnah itu sebagai kew...

Monday, July 30, 2012

Fadhilat Ramadhan .

Adab berpuasa dan solat terawih

Oleh NAZMI AIDARUS

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei) 

comel kan :) tak salah jika kita menutup aurat :) itukan WAJIB :")







Bacalah walau sesuku pun muka suratnya :') ALLAHhurobbi ..


Sunday, June 10, 2012

ya Rabbi :'(

ya ALLAH ya Rabbi . hidup aku sunyi tanpa Dia :'( kenapa perlu ade perpisahan di dalam pertemuan yang baru berputik ini ? :'( semoga Engkau tabahkan hati ini ya ALLAH .

sekumit luahan ayin :) dapat legakan hati selepas mengadu dengan yang maha mendengar :')

assalamualaikum wahai sekalian :') sihat ? Alhamdulillah . syukur . masih bernafas kita di dunia yang makin kejam ini . hmmm . banyak yang ingin diluahkan, tapi ada batasnya :) insyaALLAH .




ayin dalam kesulitan. hanya ALLAH yang tahu betapa pedih, sakit dan kecewa hati ayin akibat diri ayin sendiri. yer akibat diri ayin yang terlalu cepat membuat keputusan dan sukar berterus terang, akhirnya akibat yang susah dan paling dibenci oleh diri sendiri terpaksa ditanggung jiwa yang kembali tercalar.
Ya Allah. hanya Dia yang tahu, betapa pedihnya hati ayin ketika ini. tiada siapa yang dapat memahami, hanya pandai berkata itu dan ini. ia! betul ini salah ayin, dan ayin terima risikonya apabila berani bertepuk sebelah tangan. tetapi ini berbeza keran org yang membuatkan ayin terpikat itu sangat tinggi ilmu agamanya . sangat pandai bicaranya dan sangat pandai menjaga hati ayin :') ya ALLAH, saat perkenalan sangat indah sampai tidak sedar yang pengakhirannya sangat sakit, sangat pedih ! subhanallah . kuat sungguh ujianMu ya ALLAH sehinggakan aku sanggup menitiskan air mata kerana kecewa konon nya . tetapi sedarlah bahawa itu diri sendiri yang mencari pasal ! diri sendiri yang tidak pandai membimbing otak supaya berfikiran matang. InsyaALLAH jika ALLAH kurniakan kekuatan kepada ayin. akan ayin guna sebaik mungkin . dan semoga hati tabah membasuh serta mengubati semula luka yang sedikit tercarit ni :')






" ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan yang sgt teguh, supaya aku tidak terjatuh hati pada orang yang salah lagi ya ALLAH, berikanlah aku sinar baru, sinar yang dapat aku nikmati sehingga ke syurgaMu ya Rabbi. Engkau berikanlah kekuatan kepadaku disaat mereka diijab kabulkan ya ALLAH supaya tidak timbul soal cemburu atau iri hati. nauzubillah . YA ALLAH Ya Rabbi, Engkau bantulah aku untuk melupakan dia ya ALLAH . aku tidak ingin mengingatinya langsung , oleh kerana khuatir aku akan lemah dengan ujianMu ini ya ALLAH. sesungguhnya aku redha dengan jodoh yang telah Engkau tuliskan .  amin amin amin amin "